Followers

Selasa, 26 April 2011

KISAH & PEDOMAN......

Dialog antara seorang lelaki dan seorang perempuan...

L ; Kau ada pakwe kan??

P ; A'ah. Aku ada pakwe. Mana kau tahu ni?

L ; Adalah. Mana boleh tahu...

P ; Kau paling cinta siapa??

L ; Aku? Yang paling aku cinta adalah Allah. Kedua, Nabi S.A.W.
Ketiga, Ibu aku. Kau pulak?

P ; Bagi aku cinta perlu sama. Sama ada Allah mahupun manusia...

L ; Kenapa pulak kau cakap macam itu??

P ; Sebab tanpa cinta dengan manusia, kita sunyi...
Sama jugak dengan cinta dengan Allah...

L ; Aik? Macam itu pulak?

P ; A'ah...

L ; Aku nak tanya kau satu soalan boleh?? Kalau betul cinta perlu sama...
Cinta dengan Allah ada kau tunaikan?

P ; Maksud kau?

L ; Maksud aku. Kalau betul cinta perlu sama. Kau ada tunaikan tak?
Contoh misal, kau ada solat Subuh? Zohor? Asar? Maghrib? Isyak?

P ; Kadang - kadang ada. Kadang - kadang tak ada...

L ; Aik? Kau cakap dengan aku cinta perlu sama. Tapi kau tak buat pun...
Kalau betul cinta tu sama. Kau mesti solat awal waktu...
Mesti kau rindu nak berkomunikasi dengan Allah...
Sebagaimana kau rindu pakwe kau tu...

P ; Erm...(mendiamkan Diri tak mahu nak berkata - kata)....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan